Pages

Wednesday 27 February 2013

JENIS-JENIS KAIN





Assalamualaikum wrt semua..
Hari ni sy nak terangkan ckit pasal T-shirt.Sebenarnya t-shirt diperbuat daripada pelbagai jenis material atau bahan yang berbeza-beza mengikut kegunaan pakaian tersebut samada untuk casual, sukan dan sebagainya. Material juga memainkan peranan terhadap keselesaan dan kualiti pakaian. Berikut perbezaan jenis-jenis tshirt bergantung pada meterial yang digunakan.

1. Tetra Cotton (26TC/30TC)
Kain dari jenis Tetra Cotton merupakan campuran cotton dan ianya bukan 100% Cotton. Kain jenis ini biasanya lebih murah berbanding kain jenis 100% Cotton. Sangat sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah terutamnay sekoah rendah, tadika, kegunaan hari sukan, family day, hari keluarga dan sebagainya. Kain jenis Tetra Cotton ini kurang meresap peluh berbamding kain jenis 100% Cotton. Tetapi kain dari jenis ini lebih tahan lama dan lasak serta tidak mudah melebar apabila dibasuh dan dipakai.

2. Cotton 100%
Kain dari jenis 100% Cotton merupakan kain yang paling mendapat permintaan tinggi dan kain dari jenis 100% cotton ini sesuai untuk pelbagai kegunaan, aktiviti indoor mahupun outdoor dan sesuai dipakai setiap masa dan bila-bila masa sahaja. Kain dari jenis ini mudah meresap peluh dan selesa dipakai. Fabriknya lebih lembut berbanding kain jenis tetra cotton. Memandangkan ianya 100% cotton, ianya lembut dan kualiti kain dan ketahanan bergantung pada tebal kain. Kain jenis 100% cotton yang lebih tebal biasanya lebih tahan lasak. Kain jenis ini didatangkan dalam dua jenis iaitu Cotton Biasa dan Cotton High Grade.

3. CVC/Lacoste
Kain jenis CVC atau Lacoster adalah campuran diantara cotton dan polyester. Fabrik kain jenis ini lebih lembut berbanding TC atau Tetra Cotton dan kain dari material ini juga kurang meresap peluh. Kain ini banyak digunakan untuk pakaian formal seperti baju berkolar.

4. Micro Fibre
Kain jenis Micro Fibre ini amat selesa dan sedap dipakai. Kain jenis Micro Fibre kebiasaanya digunakan untuk aktiviti lasak dan rekreasi seperti hari sukan dan aktiviti luar termasuk jersey bola. Kain ini tidak meresap peluh dan menyebabkan terasa cepat panas. Harga bagi kain ini jenis ini  lebih mahal dari kain TC, lacoste dan juga cotton.kain jenis ini juga dipanggil Quick Dry kerana ianya cepat kering dan ringan.

5. Cotton Interlock
Kain jenis Cotton Interlock adalah kain yang mempunyai kualiti yang tinggi dan baik. Kain jenis ini lebih tebal berbanding kain jenis lain tetapi kain cotton interlock adalah lebih lembut dan tidak panas walaupun ianya lebih tebal. Kain ini sesuai dipakai samada untuk indoor atau outdoor. Sangat sesuai untuk tshirt formal dan berkolar. Bagi yang mementingkan keselesaan dan kualiti, anda perlu melilih kan jenis ini.

No comments:

Post a Comment